snadyaismail
Sahabat,
Sungguhpun dunia ini mengujimu dengan kemewahan...
janganlah dikau tewas menghadapinya ..
sungguh! ia hanya sementara buat kita...
benar! ia hanya igauan dunia semata-mata..dan demi ALLAH,
pandangilah nikmat Islam kerana...dengan ianya shaja kau kan kekal berbahagia...


Sahabat,
janganlah kau tinggalkan cinta Ilahi tatkala disapa cinta sang kumbang..
tidakkah kau ketahui sang kumbang itu diciptakan Allah
utk menguji cintamu terhadap cinta Allah..
Jagalah hatimu..cintailah Allah.. hargailah cinta Rasullulah pada kita (umatnya)
hargailah syariat yang dituntut ke atas kita.. Maha Suci Allah!!!..
tuntunilah kami...

Sahabatku,
dalam kehidupan MUSLIM,tidak boleh lari dari pengabdian kepada Allah. pengabdianmu tanda ketaatanmu kepada Allah ,perjuanganmu tanda kesungguhanmu terhadap agama Allah dan keinginanmu hanyalah selari dengan kehendak Islam..
takutilah Allah akan segala laranganNya..
Ketahuilah akan azabNya yang AMATTT PEDIHH ..

Sahabatku,
janganlah engkau mengeluh tatkala imanmu diuji Allah...
Segeralah beristighfar dan berzikir kerana itulah penyelamat yang benar utkmu...
Aku tidak mampu utk bersamamu selamanya kerana tanggungjawabku mendukung Islam ini amat menguji hidupku, aku menanti temanku untuk sama-sama berjuang...
insyaAllah .. doaku sentiasa bersamamu wahai sahabatku..
Uhibbukifillah..

BUAT SAHABAT

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabatku, semakin aku percaya diri. aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka atau duka. jika ak dapat, aku akan setia padanya- IMAM SHAFIE
0 Responses

Post a Comment